Tuesday, March 1, 2011

[ Mari Mengarang Assignment ]


Salam n night 4 everyone, memandangkan wat masa nih follower aku br jer 2 orang (eddy n my kazen Ali) 
dlm blog nih, so x perlulah aku nak merepek2 berkenaan assignment yang aku kena setelkan sebelum 14.03.2011 nih...
HERM...SERABUTNYER!
rasa cam x sempat jer nak setelkan 3 assignment dalam tempoh 2 minggu nih, hai...
chaiyok2! aku bleh wat, ngehehe...

wat masa nih keadaan aku dah makin tenteram
pengalaman mengajar kita erti sebuah kehidupan
yang patah nan tumbuh, yang hilang nan berganti,
aku yakin satu hari nnt aku pasti akan berjaya 
menggenggam segulung ijazah untuk ibu,
permintaan yang selama ini ibu harapkan dari aku,
jangan leka berdoa untuk bangcik yer bu? huhu
aku pun turut berharap supaya Allah memberi 
keteguhan iman kepadaku
untuk mencapai cita2 dan harapan nih,
malam nih dah x larat nak study, sambung esok lak,
oklah followers, broooom, night!

Monday, February 7, 2011

[ Judul Pilihan - Armageddon 2012 ]


Buku yang ditulis oleh pengarang Indonesia, Muhammad Alexander ni merupakan sebuah buku yang menyingkap hal-hal berkaitan akhir zaman yang dikaji bersandarkan sains, Al-Quran dan hadith. Banyak fakta-fakta yang boleh diperolehi dari buku nih diantaranya kalender dan ramalan Kaum Mayan, proses berlakunya Hari Kiamat, bencana pada Hari Kiamat dan macam2 lagi, so 
IQRA' la sendiri
cerita jer pun x guna gak...hehe
buku ni berharga RM31.50, tp kalu korang sumer ada membership card, murah la skit kot?

Tuesday, February 1, 2011

[ Mesir dan Suara Rakyat ]


Begitu lama aku tidak mengikuti hal ehwal semasa dunia sehingga apa-apa yang berlaku pun aku tak tau. Sejak aku stop dari membeli suratkhabar sehinggalah tv yang kat rumah tu hancus, semuanya telah menjumudkan pemikiranku... nasib baiklah ada tenet opis, terbukalah skit minda nih

Isu yang aku rasakan terlalu rugi aku abaikan baru-baru ni adalah berkaitan rusuhan yang berlaku di MESIR. Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan Mesir nih adalah salah satu negara arab yang menyanjung tinggi sebuah negara laknatullah yang bergelar ISRAEL. Masih terbayang dalam fikiran aku ekspedisi keamanan PALESTIN yang dianggotai sejumlah aktivis dari pelbagai negara mengharapkan supaya mereka diberi laluan darat melalui Mesir tetapi ditolak bulat-bulat oleh kerajaan Mesir atas alasan tidak mahu campur tangan berkaitan isu perang di Gaza. Alangkah kejamnya bagi sebuah negara Islam, yang mendukung agama suci Allah, melakukan pengkhianatan keatas negara islam yang lain. Dimanakah rasa tanggungjawab, Ihsan dan amanah yang sepatutnya DIBELA oleh seseorang yang bergelar ISLAM?

Friday, January 14, 2011

[ Deria Pemirsa - Perempuan Berkalung Sorban ]

Perempuan Berkalung Sorban

Tengah mencari-cari cerita per nak dilayanz di hari Jumaat yang indah ni,
aku terpandang sebuah poster yang kreatif nih,
tak boleh nak huraikan lagi berkenaan sinopsis cerita nih sebab belum tengok lagi,
tapi bagi memberikan sedikit latar-belakang berkenaan filem nih,
aku sedutkan gak lah sinopsis filem nih dari website orang len, huhu...

Sinopsis (copy):

Ini adalah sebuah kisah pengorbanan seorang perempuan, Seorang anak kyai Salafiah sekaligus seorang ibu dan isteri. Anissa (Revalina S Temat), seorang perempuan dengan pendirian kuat, cantik dan cerdas. Anissa hidup dalam lingkungan keluarga kyai di pesantren Salafiah putri Al Huda, Jawa Timur yang konservatif. Baginya ilmu sejati dan benar hanyalah Qur’an, Hadist dan Sunnah. Buku modern dianggap menyimpang
Dalam pesantren Salafiah putri Al Huda diajarkan bagaimana menjadi seorang perempuan muslim dimana pelajaran itu membuat Anissa beranggapan bahwa Islam membela laki-laki, perempuan sangat lemah dan tidak seimbang
Tapi protes Anissa selalu dianggap rengekan anak kecil. Hanya Khudori (Oka Antara), paman dari pihak Ibu, yang selalu menemani Anissa. Menghiburnya sekaligus menyajikan ‘dunia’ yang lain bagi Anissa. Diam-diam Anissa menaruh hati kepada Khudori. Tapi cinta itu tidak terbalas karena Khudori menyadari dirinya masih ada hubungan dekat dengan keluarga Kyai Hanan (Joshua Pandelaky), sekalipun bukan sedarah. Hal itu membuat Khudori selalu mencoba membunuh cintanya. Sampai akhirnya Khudori melanjutkan sekolah ke Kairo. Secara diam-diam Anissa mendaftarkan kuliah ke Jogja dan diterima tapi Kyai Hanan tidak mengijinkan, dengan alasan bisa menimbulkan fitnah, ketika seorang perempuan belum menikah berada sendirian jauh dari orang tua. Anissa merengek dan protes dengan alasan ayahnya.
Akhirnya Anissa malah dinikahkan dengan Samsudin (Reza Rahadian), seorang anak Kyai dari pesantren Salaf terbesar di Jawa Timur. Sekalipun hati Anissa berontak, tapi pernikahan itu dilangsungkan juga. Kenyataan Samsudin menikah lagi dengan Kalsum (Francine Roosenda). Harapan untuk menjadi perempuan muslimah yang mandiri bagi Anissa seketika runtuh
Dalam kiprahnya itu, Anissa dipertemukan lagi dengan Khudori. Keduanya masih sama-sama mencintai.…
Apakah cinta anissa dan Khudori berakhir di pernikahan? 


Korang layanlah sendiri yer, x mau citer banyak dah...

Thursday, January 13, 2011

[ Ribut Melanda Opisku ]

hujan adalah nikmat,
tanpa hujan, tumbuh-tumbuhan akan mati kekeringan,
tanah akan merekah,
kebakaran hutan menjadi-jadi,
suhu akan meningkat dan akhirnya
dunia akan mengalami kepanasan global yang dasyat,

ALHAMDULILLAH SEMUANYA INI TIDAK BERLAKU DISINI,
tapi disini, di opisku,
hujan + ribut telah melanda,
aku harapkan hujan nih janganlah berpanjangan,
dikhuatiri nikmat yang disangka, musibah rupanya yang datang.

Baru-baru ni aku telah dikejutkan dengan satu perkara yang menggugat keberanianku. Pada 11 Januari yang lepas, sebuah kapalterbang domestik Airasia telah terbabas ke tepi landasan semasa mendarat di Terminal Kuching menyebabkan beberapa orang tercedera dan dibawa ke hospital berdekatan. Kejadian tu telah dikaitkan dengan hujan lebat yang melanda negeri tersebut baru-baru ni.

kapalterbang yang terbabas

Mak aih! cuak la plak rasanya nak gi sana nih... tiket dah booking, semuanya telah dirancang rapi, hanya mengharapkan ketentuan tuhan sajalah, harap-harap semuanya berjalan lancar maklumlah matlamat suci katakan, huhu...

Jika dikenang kembali kisah aku naik plane Airasia nih (sekali jer kot?) memanglah menyeramkan, dah namapun kapalterbang tambang murah, semuanya memang murah la. 

 Aku dengan pramugari Airasia

Masa tu aku n famili dikepalai kakja pergi bercuti ke Langkawi, kalau x silap aku pada tahun 2007 kot. Nak dijadikan cerita, masa kapalterbang ni mula terangkat keudara, mmg jelas aku nampak plat sayap kapalterbang ni beralun-alun membelah angin, pergh, cuak ooii! memang rasa nak keluar jer dari kapalterbang nih tp bila aku tengok balik pramugari-pramugari yang ada, lega sikit hati nih... mmg patutla setiap syarikat penerbangan kat dunia ni disediakan pramugari yang cun-cun, rupanya sbb nak hilangkan rasa nervous kita masa dalam flight rupanya...huhu

akhir kata, sebenarnya xder apa pun yang nak dirisaukan naik flight nih, cuma imaginasi kita jer yang fikirkan yang bukan2... oklah, selamat menflight!

Tuesday, January 11, 2011

[ Program Solat Hajat Stadium Malawati ]

Sebenarnya terus-terang aku nak cerita kat sini yang aku memang xder masa nak upload gambar2 latest yang aku dah amik tapi disebabkan skarang ni aku byk masa free, so aku gunalah masa nih utk update blog aku, huhu... 
untuk artikel dibawah ni, aku nk guna ayat-ayat formal jer
(ikut konsep, huhu)

Hari Ahad bersamaan 9 Januari 2011, aku dan Azrafi telah turut serta menyertai program Solat Hajat anjuran Pas Pusat di Stadium Malawati Shah Alam. Antara sebab yang aku rasakan aku wajib pergi ke sini salah satunya disebabkan rasa tanggungjawab aku pada agama dan sebagai satu cara untuk aku menambahkan informasi berkaitan krisis yang melanda tanahair Malaysia sekarang. Sepertimana ceramah anjuran Pas Pusat yang pernah dijalankan sebelum ni, sambutan dari rakyat Malaysia tetap menggalakkan dimana kelihatan beribu-ribu hadir membanjiri stadium bagi menyatakan kata sokongan tak berbelah-bagi mereka kepada perjuangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Tuesday, January 4, 2011

[ Hasil-hasil kerja menembak ]

Lebatnya ujan kat luar nun, herm...
camner nak balik nih?
lepak lama2 kat opis pun syiok gak
bleh main tenet lama2,
kat umah pun bukan der apa,
harapkn tv jer besau, xbleh on pun
nnt plan nak beli LED TV ar, huhu
barula terasa nak balik umah jer
Oklah, untuk kali ini aku nak mempersembahkan kat korang 
hasil karya aku yg tak seberapa nih
sepanjang aku dipilih untuk jd 
SHARP SHOOTER MAJLIS KAWIN
hehe, seronok gak amik gmbar nih
 terasa cam dihargai lak, huhu..