Wednesday, April 13, 2011

[ Amaran Kepada Si Pemerhati Dunia ]



amaran kepada pemerhati dunia
dosa dan neraka menantimu
jika ini jalan yang kau pilih
jalan yg memberi jaminan seketika
agar kamu tetap memerhatikan dunia
dari lensa palsu sang pereka

amaran kepada pemerhati dunia
ini bukan tugasmu
merosakkan minda manusia
dengan kebijaksanaan tinta emasmu
pasti nanti kau kan terkubur jua
dengan ucapan hina dari zuriat hartamu

sang pemerhati dunia
tanggungjawab ini dibawah bahumu
cerminkan wajah asal mereka
ketika setiap peneroka mencelah egonya
jangan biarkan wajah pembela ini
menerima calar dari pemikir asas
menemui noktah setelah hadirnya noktah

dunia yang diperhati
lahirnya dikau bersama fitnah
agungmu hanya dibibir
selembar tangisan telah kau hadiahkan
dikala senja ini berkecundang
disaat cengkerangmu mulai ampuh
kau tetap akan rebah
nantikan sahaja ajalmu
bersama si pemerhatimu
semoga indah itu milikmu

No comments:

Post a Comment