Sebenarnya terus-terang aku nak cerita kat sini yang aku memang xder masa nak upload gambar2 latest yang aku dah amik tapi disebabkan skarang ni aku byk masa free, so aku gunalah masa nih utk update blog aku, huhu...
untuk artikel dibawah ni, aku nk guna ayat-ayat formal jer
(ikut konsep, huhu)
Hari Ahad bersamaan 9 Januari 2011, aku dan Azrafi telah turut serta menyertai program Solat Hajat anjuran Pas Pusat di Stadium Malawati Shah Alam. Antara sebab yang aku rasakan aku wajib pergi ke sini salah satunya disebabkan rasa tanggungjawab aku pada agama dan sebagai satu cara untuk aku menambahkan informasi berkaitan krisis yang melanda tanahair Malaysia sekarang. Sepertimana ceramah anjuran Pas Pusat yang pernah dijalankan sebelum ni, sambutan dari rakyat Malaysia tetap menggalakkan dimana kelihatan beribu-ribu hadir membanjiri stadium bagi menyatakan kata sokongan tak berbelah-bagi mereka kepada perjuangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Pada masa kami tiba di perkarangan stadium, Azan Isya' telah berkumandang menandakan sebentar lagi Solat Isya' secara berjemaah dan diikuti pula Solat Hajat. Bergegas kami masuk kedalam stadium dan agak teruja melihat saf yang hampir penuh dibahagian bawah. Nak atau tidak terpaksalah kami naik ke bahagian atas untuk menyertai jemaah. Nasib baiklah kami ada membawa sejadah sebagai persiapan, itupun pada mulanya Azrafi agak keberatan untuk membawanya disebabkan dia rasakan sejadah yang disediakan pihak penganjur cukup. Akhirnya kami sempat juga bersama-sama bersolat Isya' yang diimamkan oleh Al-Fadil Ustaz Hadi Awang.
Selesai sahaja selesai Solat Isya' dan doa, Solat Hajat pun bermula. Tiba-tiba rasa keluh didalam hati ini, bagaimana nak lakukan Solat Hajat ni? Solat sunat yang telah lama aku tinggalkan sejak dari aku sekolah menengah lagi... aku nekadkan diri dengan berniat dan solat dan menggunakan surah-surah lazim yang biasa diguna untuk solat-solat sunat iaitu surah Al-Kafirun dan Surah Al-Ikhlas. Semoga solatku ini diterima Allah, Amin...
Arah Kiblat
Selesai pula urusan Solat Hajat, sesuatu telah berlaku... Alamak, kenapa kamera aku tak boleh on ni? sudah... Azrafi dah menjeling pada aku dengan isyarat supaya mengambil gambar jemaah yang baru selesai solat, aduh! akhirnya dengan cadangan Azrafi, kami bergerak menuju Ke Stesen Minyak Petronas yang terdekat untuk membeli bateri AA, bukannya sikit, 6 biji pula tu, herm... So, Layanlah gambar-gambar di bawah ni yang sempat diambil di sana:
Bergambar kenangan bersama limpahan pengunjung
Ucapan Tan Sri Anwar Ibrahim
Sesi memberi derma
Tak ketinggalan Tan Sri Khalid Samad
Asyik dengar ceramah Tuan Guru Nik Aziz
Azrafi Disamping Bob Lokman
Azrafi dengan Cicak Dhob (bukan pokke tau) berusia 100 tahun
Akhir kata, ceramah ini telah banyak memberi kesedaran dan kekuatan kepada aku untuk bersikap terbuka dan rasional dalam berfikir dan juga mampu menilai sesuatu yang baik dan sebaliknya. Orang yang selesa seperti kita selalu alpa dengan orang yang ditindas dibelakang kita jadi sentiasalah mencari kebenaran walau dimana peringkat pun kita berada. Oleh itu, kepada saudara Azrafi, kalau ada program-program yang berunsur islamik camni, jangan lupa ajak aku lagi, huhu... TAKBIR!!!
No comments:
Post a Comment