hujan adalah nikmat,
tanpa hujan, tumbuh-tumbuhan akan mati kekeringan,
tanah akan merekah,
kebakaran hutan menjadi-jadi,
suhu akan meningkat dan akhirnya
dunia akan mengalami kepanasan global yang dasyat,
ALHAMDULILLAH SEMUANYA INI TIDAK BERLAKU DISINI,
tapi disini, di opisku,
hujan + ribut telah melanda,
aku harapkan hujan nih janganlah berpanjangan,
dikhuatiri nikmat yang disangka, musibah rupanya yang datang.
Baru-baru ni aku telah dikejutkan dengan satu perkara yang menggugat keberanianku. Pada 11 Januari yang lepas, sebuah kapalterbang domestik Airasia telah terbabas ke tepi landasan semasa mendarat di Terminal Kuching menyebabkan beberapa orang tercedera dan dibawa ke hospital berdekatan. Kejadian tu telah dikaitkan dengan hujan lebat yang melanda negeri tersebut baru-baru ni.
kapalterbang yang terbabas
Mak aih! cuak la plak rasanya nak gi sana nih... tiket dah booking, semuanya telah dirancang rapi, hanya mengharapkan ketentuan tuhan sajalah, harap-harap semuanya berjalan lancar maklumlah matlamat suci katakan, huhu...
Jika dikenang kembali kisah aku naik plane Airasia nih (sekali jer kot?) memanglah menyeramkan, dah namapun kapalterbang tambang murah, semuanya memang murah la.
Aku dengan pramugari Airasia
Masa tu aku n famili dikepalai kakja pergi bercuti ke Langkawi, kalau x silap aku pada tahun 2007 kot. Nak dijadikan cerita, masa kapalterbang ni mula terangkat keudara, mmg jelas aku nampak plat sayap kapalterbang ni beralun-alun membelah angin, pergh, cuak ooii! memang rasa nak keluar jer dari kapalterbang nih tp bila aku tengok balik pramugari-pramugari yang ada, lega sikit hati nih... mmg patutla setiap syarikat penerbangan kat dunia ni disediakan pramugari yang cun-cun, rupanya sbb nak hilangkan rasa nervous kita masa dalam flight rupanya...huhu
akhir kata, sebenarnya xder apa pun yang nak dirisaukan naik flight nih, cuma imaginasi kita jer yang fikirkan yang bukan2... oklah, selamat menflight!
No comments:
Post a Comment