Monday, March 7, 2011

[ Negara Yang Mempunyai Satu Warna Bendera ]


Salam n kabare kepada pembaca-pembaca yang setia dan kepada sesiapa yang tak sengaja menyinggah blog aku ni, hehe... dalam ditengah kesibukan menyiapkan assignment OUM nih, aku terperasan sesuatu yang agak janggal dalam hidup ni dan rasa terpanggil untuk berkongsi maklumat ini kepada para pembaca....

Tahukah korang yang setiap negara didunia ini mempunyai bendera dengan pelbagai corak dan pelbagai variasi warna bagi menyampaikan ciri-ciri dan visi  negara tersebut? Jika dilihat bendera Malaysia kita jerla, Terdapat 4 warna, dengan setiap warna mempunyai maksud yang tertentu seperti merah mewakili semangat, putih bermaksud bersih dan suci, kuning adalah kedaulatan raja dan biru mewakili perpaduan. Tak dikecualikan lambang bulan dan bintang yang mewakili islam sebagai agama rasmi dan bucu bintang mewakili setiap negeri termasuk wilayah persekutuan di Malaysia. 


Tahukah anda, hanya ada satu negara didunia ini yang mempunyai satu warna sahaja sebagai mencerminkan negara tersebut? jawapannya adalah LIBYA! ya Libya adalah satu-satunya negara didunia ini yang mempunyai satu warna dan tidak mempunyai simbol dan corak lain pada benderanya. Sejarah bermulanya bendera Libya adalah pada tahun 1918 sehingga 1923 adalah seperti dibawah ni: 


Pada tahun 1951 setelah negara tersebut merdeka dari jajahan Itali, bendera negara itu ditukar ke bendera berjalur merah, hitam, hijau dan mempunyai corak bulan dan bintang.


kemudian pada tahun 1969, kesan dan akibat dari Revolusi Egypt 1952, Libya telah menukarkan benderanya kepada merah, putih dan hitam pula bagi simbolik negara liberasasi Arab.
 


. Pada tahun 1971, Libya telah menyertai Persekutuan Republik Arab dengan Egypt dan Syria dan telah menambah lambang helang (digelar Helang Quraish) ditengah benderanya.


Pada akhirnya sekitar tahun 1977, Libya telah merasmikan negaranya dengan nama Great Socialist People's Libyan Arab Jamahiriya (bahasa Arab: ليبيا, yang dimaksudkan ke dalam bahasa Libya  الجماهيرية العربية الليبية الشعبية الإشتراكية) Ia juga merupakan simbolik kepada Revolusi Hijau yang dicanangkan Muammar Ghadafi iaitu sebuah negara islam (digunakan sehingga kehari ini).


Keadaan yang darurat di Libya pada masa sekarang ni membuatkan rakyat semakin membenci pemimpin mereka. Para aktivis dan penuntut kebebasan disana telah mengangkat bendera asal mereka pada tahun 1951 sebagai satu simbol suara rakyat yang dahulunya dibanggakan oleh mereka. Bendera ini telah diubah yang mana jalur merah dan hijau diperbesarkan lagi bagi memenuhi maksud penekanan kepada rakyat dan Islam.

Marilah kita sama-sama berdoa supaya rakyat Libya diberikan hak untuk mencapai sebuah kehidupan yang aman dan tanpa penindasan...Amin.




No comments:

Post a Comment