Monday, February 7, 2011

[ Judul Pilihan - Armageddon 2012 ]


Buku yang ditulis oleh pengarang Indonesia, Muhammad Alexander ni merupakan sebuah buku yang menyingkap hal-hal berkaitan akhir zaman yang dikaji bersandarkan sains, Al-Quran dan hadith. Banyak fakta-fakta yang boleh diperolehi dari buku nih diantaranya kalender dan ramalan Kaum Mayan, proses berlakunya Hari Kiamat, bencana pada Hari Kiamat dan macam2 lagi, so 
IQRA' la sendiri
cerita jer pun x guna gak...hehe
buku ni berharga RM31.50, tp kalu korang sumer ada membership card, murah la skit kot?

Tuesday, February 1, 2011

[ Mesir dan Suara Rakyat ]


Begitu lama aku tidak mengikuti hal ehwal semasa dunia sehingga apa-apa yang berlaku pun aku tak tau. Sejak aku stop dari membeli suratkhabar sehinggalah tv yang kat rumah tu hancus, semuanya telah menjumudkan pemikiranku... nasib baiklah ada tenet opis, terbukalah skit minda nih

Isu yang aku rasakan terlalu rugi aku abaikan baru-baru ni adalah berkaitan rusuhan yang berlaku di MESIR. Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan Mesir nih adalah salah satu negara arab yang menyanjung tinggi sebuah negara laknatullah yang bergelar ISRAEL. Masih terbayang dalam fikiran aku ekspedisi keamanan PALESTIN yang dianggotai sejumlah aktivis dari pelbagai negara mengharapkan supaya mereka diberi laluan darat melalui Mesir tetapi ditolak bulat-bulat oleh kerajaan Mesir atas alasan tidak mahu campur tangan berkaitan isu perang di Gaza. Alangkah kejamnya bagi sebuah negara Islam, yang mendukung agama suci Allah, melakukan pengkhianatan keatas negara islam yang lain. Dimanakah rasa tanggungjawab, Ihsan dan amanah yang sepatutnya DIBELA oleh seseorang yang bergelar ISLAM?