Friday, January 14, 2011

[ Deria Pemirsa - Perempuan Berkalung Sorban ]

Perempuan Berkalung Sorban

Tengah mencari-cari cerita per nak dilayanz di hari Jumaat yang indah ni,
aku terpandang sebuah poster yang kreatif nih,
tak boleh nak huraikan lagi berkenaan sinopsis cerita nih sebab belum tengok lagi,
tapi bagi memberikan sedikit latar-belakang berkenaan filem nih,
aku sedutkan gak lah sinopsis filem nih dari website orang len, huhu...

Sinopsis (copy):

Ini adalah sebuah kisah pengorbanan seorang perempuan, Seorang anak kyai Salafiah sekaligus seorang ibu dan isteri. Anissa (Revalina S Temat), seorang perempuan dengan pendirian kuat, cantik dan cerdas. Anissa hidup dalam lingkungan keluarga kyai di pesantren Salafiah putri Al Huda, Jawa Timur yang konservatif. Baginya ilmu sejati dan benar hanyalah Qur’an, Hadist dan Sunnah. Buku modern dianggap menyimpang
Dalam pesantren Salafiah putri Al Huda diajarkan bagaimana menjadi seorang perempuan muslim dimana pelajaran itu membuat Anissa beranggapan bahwa Islam membela laki-laki, perempuan sangat lemah dan tidak seimbang
Tapi protes Anissa selalu dianggap rengekan anak kecil. Hanya Khudori (Oka Antara), paman dari pihak Ibu, yang selalu menemani Anissa. Menghiburnya sekaligus menyajikan ‘dunia’ yang lain bagi Anissa. Diam-diam Anissa menaruh hati kepada Khudori. Tapi cinta itu tidak terbalas karena Khudori menyadari dirinya masih ada hubungan dekat dengan keluarga Kyai Hanan (Joshua Pandelaky), sekalipun bukan sedarah. Hal itu membuat Khudori selalu mencoba membunuh cintanya. Sampai akhirnya Khudori melanjutkan sekolah ke Kairo. Secara diam-diam Anissa mendaftarkan kuliah ke Jogja dan diterima tapi Kyai Hanan tidak mengijinkan, dengan alasan bisa menimbulkan fitnah, ketika seorang perempuan belum menikah berada sendirian jauh dari orang tua. Anissa merengek dan protes dengan alasan ayahnya.
Akhirnya Anissa malah dinikahkan dengan Samsudin (Reza Rahadian), seorang anak Kyai dari pesantren Salaf terbesar di Jawa Timur. Sekalipun hati Anissa berontak, tapi pernikahan itu dilangsungkan juga. Kenyataan Samsudin menikah lagi dengan Kalsum (Francine Roosenda). Harapan untuk menjadi perempuan muslimah yang mandiri bagi Anissa seketika runtuh
Dalam kiprahnya itu, Anissa dipertemukan lagi dengan Khudori. Keduanya masih sama-sama mencintai.…
Apakah cinta anissa dan Khudori berakhir di pernikahan? 


Korang layanlah sendiri yer, x mau citer banyak dah...

Thursday, January 13, 2011

[ Ribut Melanda Opisku ]

hujan adalah nikmat,
tanpa hujan, tumbuh-tumbuhan akan mati kekeringan,
tanah akan merekah,
kebakaran hutan menjadi-jadi,
suhu akan meningkat dan akhirnya
dunia akan mengalami kepanasan global yang dasyat,

ALHAMDULILLAH SEMUANYA INI TIDAK BERLAKU DISINI,
tapi disini, di opisku,
hujan + ribut telah melanda,
aku harapkan hujan nih janganlah berpanjangan,
dikhuatiri nikmat yang disangka, musibah rupanya yang datang.

Baru-baru ni aku telah dikejutkan dengan satu perkara yang menggugat keberanianku. Pada 11 Januari yang lepas, sebuah kapalterbang domestik Airasia telah terbabas ke tepi landasan semasa mendarat di Terminal Kuching menyebabkan beberapa orang tercedera dan dibawa ke hospital berdekatan. Kejadian tu telah dikaitkan dengan hujan lebat yang melanda negeri tersebut baru-baru ni.

kapalterbang yang terbabas

Mak aih! cuak la plak rasanya nak gi sana nih... tiket dah booking, semuanya telah dirancang rapi, hanya mengharapkan ketentuan tuhan sajalah, harap-harap semuanya berjalan lancar maklumlah matlamat suci katakan, huhu...

Jika dikenang kembali kisah aku naik plane Airasia nih (sekali jer kot?) memanglah menyeramkan, dah namapun kapalterbang tambang murah, semuanya memang murah la. 

 Aku dengan pramugari Airasia

Masa tu aku n famili dikepalai kakja pergi bercuti ke Langkawi, kalau x silap aku pada tahun 2007 kot. Nak dijadikan cerita, masa kapalterbang ni mula terangkat keudara, mmg jelas aku nampak plat sayap kapalterbang ni beralun-alun membelah angin, pergh, cuak ooii! memang rasa nak keluar jer dari kapalterbang nih tp bila aku tengok balik pramugari-pramugari yang ada, lega sikit hati nih... mmg patutla setiap syarikat penerbangan kat dunia ni disediakan pramugari yang cun-cun, rupanya sbb nak hilangkan rasa nervous kita masa dalam flight rupanya...huhu

akhir kata, sebenarnya xder apa pun yang nak dirisaukan naik flight nih, cuma imaginasi kita jer yang fikirkan yang bukan2... oklah, selamat menflight!

Tuesday, January 11, 2011

[ Program Solat Hajat Stadium Malawati ]

Sebenarnya terus-terang aku nak cerita kat sini yang aku memang xder masa nak upload gambar2 latest yang aku dah amik tapi disebabkan skarang ni aku byk masa free, so aku gunalah masa nih utk update blog aku, huhu... 
untuk artikel dibawah ni, aku nk guna ayat-ayat formal jer
(ikut konsep, huhu)

Hari Ahad bersamaan 9 Januari 2011, aku dan Azrafi telah turut serta menyertai program Solat Hajat anjuran Pas Pusat di Stadium Malawati Shah Alam. Antara sebab yang aku rasakan aku wajib pergi ke sini salah satunya disebabkan rasa tanggungjawab aku pada agama dan sebagai satu cara untuk aku menambahkan informasi berkaitan krisis yang melanda tanahair Malaysia sekarang. Sepertimana ceramah anjuran Pas Pusat yang pernah dijalankan sebelum ni, sambutan dari rakyat Malaysia tetap menggalakkan dimana kelihatan beribu-ribu hadir membanjiri stadium bagi menyatakan kata sokongan tak berbelah-bagi mereka kepada perjuangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Tuesday, January 4, 2011

[ Hasil-hasil kerja menembak ]

Lebatnya ujan kat luar nun, herm...
camner nak balik nih?
lepak lama2 kat opis pun syiok gak
bleh main tenet lama2,
kat umah pun bukan der apa,
harapkn tv jer besau, xbleh on pun
nnt plan nak beli LED TV ar, huhu
barula terasa nak balik umah jer
Oklah, untuk kali ini aku nak mempersembahkan kat korang 
hasil karya aku yg tak seberapa nih
sepanjang aku dipilih untuk jd 
SHARP SHOOTER MAJLIS KAWIN
hehe, seronok gak amik gmbar nih
 terasa cam dihargai lak, huhu..



 

Monday, January 3, 2011

[ Restoran Teratak Kesuma ]

Kali ini aku nak ceritakan pasal kedai makan aku
RESTORAN TERATAK KESUMA
lihat flyers kat bawah nih:

wat masa nih kedai aku cuma buka waktu malam jer
insyaallah xder halangan
nak buka pagi n tengahari lak jd bermakna:
buka dari pagi hingga ke pagi semula!
minta2 la larat pekerja2 aku nih
bawah ni lak kenangan member2 yg prnah datang
ke kedai makan aku nih, layanzzzz!











[ Judul Pilihan - Pahlawan Islam Kontemporari ]

Masuk2 kejer jer dah blur, 
x tau nak wat per,
semua tugasan dah setel, 
tunggu submit jer
dan x semena-mena aku ternampak sebuah buku,
eh cam kenal jer!
sebuah buku yang aku beli bulan 12 taun lepas,
baru nak baca? hehehe
memang aku nak baca buku nih tp x pernhnya ada masa,
at last, harini aku dpt gak baca sebahagian dari buku nih,
Buku ni menceritakan pasal tokoh-tokoh perajurit islam yang menghambakan diri dalam memperjuangkan agama islam 
di tanahair mereka.
Agak terharu membaca buku karangan Atriza Umar nih,
aku cuba meletakkan kedudukan aku di kalangan mereka,
macam langit dengan bumi! herm...
Rasulullah s.a.w bersabda yang mengatakan,
70,000 orang akan dipilih oleh Allah masuk kesyurga tanpa hisab, dan setiap seorang dari mereka membawa 70,000 yang lain 
masuk ke syurga, 
cuba kita hitung yer?
Setiap seorang dari 70,000 itu membawa 70,000 orang lagi, maka
jumlahnya adalah 70,000 x 70,000 = 4.9 billion
RAMAI X?
mungkin ada dikalangan kalian yang tergolong
didalam kumpulan nih,
tp aku yakin ia tetap bukan aku..
Ya Allah, jadikanlah aku 
seorang yang senantiasa bertaqwa kepadamu..Aminnn...

Saturday, January 1, 2011

[ Hizbur-Tahrir dah ada kat Muar? ]



Dalam masa aku tgh mencari widget2 dlm blog orang ni 
( pengakuan jujur )
terjumpalah aku flyers nih..
rupa2nya Muor pun dah ada gerakan Hizbur-Tahrir,
Alhamdulillah syukur...
Herm... mungkin dah lama aku x ke surau kot
x tau pun perkembangan agama di Muor nih
Syabas aku nak ucapkan kepada penggerak2 Hizbur-Tahrir ni,
Ana akan menyusul kemudian, 
masih belum bersedia la, 
asik lalai jer dgn duniawi, ish2...

[ Merantau Warrior ]

Kali ini, aku ingin mengimbau kembali kenangan2 indah aku 
semasa di dunia yg fana ni,
Herm... banyak gak tempat2 menarik yg aku dah gi 
kat Malaysia nih...
RASANYA DAH TIBA MASA UNTUK KELUAR DARI LINGKUNGAN MALAYSIA LAK KOT?
hehe... nak merantau jauh nih mestilah berduit der!!
jadi sempena TAHUN BARU 2011 nih
aku berazam nak kumpul duit sebanyak mungkin
no matter wat it takes
untuk aku laksanakan impian aku yang bertimbun2 nun..
nak tau per impian aku?
malasnya nak menaip nih...!
takperlah len kali aku citer, hehehe...
so layan ar pic2 yg mnjadi kenangan aku kat bawah ni
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
vvvvvvvvvvvvvv
vvvvv
v