Thursday, May 12, 2011

Wasiat Imam Syafie




SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas ni'mat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Moga ada manfaat

Wednesday, April 13, 2011

[ Amaran Kepada Si Pemerhati Dunia ]



amaran kepada pemerhati dunia
dosa dan neraka menantimu
jika ini jalan yang kau pilih
jalan yg memberi jaminan seketika
agar kamu tetap memerhatikan dunia
dari lensa palsu sang pereka

amaran kepada pemerhati dunia
ini bukan tugasmu
merosakkan minda manusia
dengan kebijaksanaan tinta emasmu
pasti nanti kau kan terkubur jua
dengan ucapan hina dari zuriat hartamu

sang pemerhati dunia
tanggungjawab ini dibawah bahumu
cerminkan wajah asal mereka
ketika setiap peneroka mencelah egonya
jangan biarkan wajah pembela ini
menerima calar dari pemikir asas
menemui noktah setelah hadirnya noktah

dunia yang diperhati
lahirnya dikau bersama fitnah
agungmu hanya dibibir
selembar tangisan telah kau hadiahkan
dikala senja ini berkecundang
disaat cengkerangmu mulai ampuh
kau tetap akan rebah
nantikan sahaja ajalmu
bersama si pemerhatimu
semoga indah itu milikmu

Friday, March 11, 2011

[ Tokyo is drifting]


Salam n evening, dalam masa aku khusyuk studi td, bg menghilangkan sikit stress kat kepala nih aku layan ar chatting dgn member2 skype yg dh brapa bulan aku x aktif nih, tetiba aku dikejutkan dengan khabar buruk oleh member aku di Jepun. Bencana Gempa bumi telah berlaku dengan Magnitud 8.9, kuat tuuu!!! worsen part is my friend plak duk in the middle of Tokyo, melambung2 la dia kot? ish2..., dalam masa aku menulis blog nih, aku dikejutkan lagi apabila member aku britau dia mengalami gegaran susulan pula, ya Allah, minta2 la keadaan kembali pulih seperti sediakala...

Seperti yang kita tau, Jepun merupakan negara yang dilingkungi kawasan gunung berapi yang banyak, so x hairanlah sekiranya gegaran sentiasa berlaku di negara nih... Tp gegaran yang dialami harini merupakan gegaran yang paling teruk sepanjang 140 TAHUN gempa bumi di Jepun, Gegaran ini telah menyebabkan Tsunami di utara Jepun dan mengikut Agensi Pengurusan Kebaran dan Bencana Alam, sekurang2nya 29 orang telah terbunuh akibat bencana ini.

Di Malaysia, alhamdulillah, x pernah berlaku lagi bencana seperti ini tetapi x tau la apa yg akan terjadi akan datang lak. Oleh itu disini aku ingin memberikan sedikit informasi langkah-langkah yang sepatutnya diambil semasa berlakunya gempa bumi:

If indoors

  • DROP to the ground; take COVER by getting under a sturdy table or other piece of furniture; and   
  • HOLD ON until the shaking stops. If there isn’t a table or desk near you, cover your face and head with your arms and crouch in an inside corner of the building.
  • Stay away from glass, windows, outside doors and walls, and anything that could fall, such as lighting fixtures or furniture.
  • Stay in bed if you are there when the earthquake strikes. Hold on and protect your head with a pillow, unless you are under a heavy light fixture that could fall. In that case, move to the nearest safe place.
  • Use a doorway for shelter only if it is in close proximity to you and if you know it is a strongly supported, loadbearing doorway.
  • Stay inside until the shaking stops and it is safe to go outside. Research has shown that most injuries occur when people inside buildings attempt to move to a different location inside the building or try to leave.
  • Be aware that the electricity may go out or the sprinkler systems or fire alarms may turn on.
  • DO NOT use the elevators.

If outdoors

 

  • Stay there.
  • Move away from buildings, streetlights, and utility wires.
  • Once in the open, stay there until the shaking stops. The greatest danger exists directly outside buildings, at exits and alongside exterior walls. Many of the 120 fatalities from the 1933 Long Beach earthquake occurred when people ran outside of buildings only to be killed by falling debris from collapsing walls. Ground movement during an earthquake is seldom the direct cause of death or injury. Most earthquake-related casualties result from collapsing walls, flying glass, and falling objects.

If in a moving vehicle

 

 

  • Stop as quickly as safety permits and stay in the vehicle. Avoid stopping near or under buildings, trees, overpasses, and utility wires.
  • Proceed cautiously once the earthquake has stopped. Avoid roads, bridges, or ramps that might have been damaged by the earthquake.

If trapped under debris (sampah-sarap)

  • Do not light a match.
  • Do not move about or kick up dust.
  • Cover your mouth with a handkerchief or clothing.
  • Tap on a pipe or wall so rescuers can locate you. Use a whistle if one is available. Shout only as a last resort. Shouting can cause you to inhale dangerous amounts of dust.
(info dipetik dari http://www.fema.gov/hazard/earthquake/eq_during.shtm)
Diharap, gempa bumi yang berlaku di Jepun skarang nih cepat-cepatlah reda, amin...

[Rentak Ilham - Alfarabiband: Berdakwah Melalui Elemen Rock ]


Assalamualaikum n gd evening to everyone ( omputih selagi x tido selagi tu dia anggap petang ), harini aku ingin memeprkenalkan korang kepada satu band muzik yang digelar ALFARABIBAND! nama yang diambil dari seorang tokoh islam terkenal iaitu Al-Farabi atau nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi, merupakan seorang tokoh ilmuwan yang amat terkenal dalam ilmu perubatan, sains, matematik, dan sejarah juga berkemahiran dalam bermain alat muzik sehingga telah mencipta satu alat muzik yang digelar gambus. 

Kumpulan Alfarabiband dianggotai oleh 7 orang iaitu Mohd Nazri Alias (Vokalis juga gitaris no.1), Fazrina Ghazali (gitaris no.2), Ahmad Nasie Mohd Nawawi (vokalis), Mohd Shuhaimi Elias (drum), Abdul Razaque Samuel Fakhr Dzulkifli( keyboard1), Mohd Akmaluddin Mat Zawawi(keyboard2), dan Mohd Nizam Alias (bass). 


Aku dah dengar lagu diorang nih, memang best, korang pasti akan rasa terkezut punya dengan elemen rock yang dimainkan, bukan rock cintan beb, keras punya! bagi penggemar lagu-lagu rock tanahair nih korang mesti akan teruja dengan gorengan lagu-lagu diorang nih. kat bawah ni adalah antara lagu yang aku suka, layan....yeah2!!!



 

kalu korang nak layan lagi lagu-lagu dia, korang bleh masuk dalam website nih; http://wn.com/alfarabiband , oklah, nak tdo dulu guys, kul 2 pagi dah nih, salam...

Tuesday, March 8, 2011

[ Dewasa Adzha ]


Dewasa Adzha

Senilai kasih ibu adalah asbab
Menyatakan keindahan dalam sekam
Yang laluannya dihambat penyiksaan yang mendalam
Memberikan tujahan maya kepadaku
Mengerti sekeping hati yang perlu didahului
Bagi mencorak seimbas redha dan berkat

Dewasa adzha
Menuraskan perbuatan nista dan hina
Melenturkan sepasang keting pada ilahi
Mencari sesuap hidayah pada yang empunya
Memohon kekuatan roh selebih jasad
Meniti hari kedua
Setelah dihembuskan angin berpasir
Merentap seluruh lingkungan bima
Menggulingkan sebuah kepercayaan
agar santun ini tidak bisa diekori sarjana

walaupun yang tinggal hanyalah
titisan yang terakhir
namun aku masih tidak mampu
menyegarkan pohon yang reput
yang kelihatan hanyalah
ranting yang tajam dan berduri
kubenarkan segala firmanmu
jalan ini bukanlah jalanku

cebisan ini sudah tiada lagi
aku hanya menanti sinar yang baru
mengharapkan ketaatan padamu
agar taat ini menimpa diriku kembali
agar aku mampu melakar senyuman
dan senyumanku ini berganjaran padamu ibu

Dewasa Adzha
Yang hitam tetap hitam
Yang melazimkan hanyalah Allah
Sungguhku x sanggup lagi
Merencanakan cuaca mendung semalam
Hanya kuharapkan ramalan yang indah
Seperti hari-hari aku berpijak dilaluanMU dulu
Janganlah kau sempitkan lagi laluan itu
Kerana sudah terlalu byk aku memikul beban ini
Benarkan aku bersamamu...

Monday, March 7, 2011

[ Negara Yang Mempunyai Satu Warna Bendera ]


Salam n kabare kepada pembaca-pembaca yang setia dan kepada sesiapa yang tak sengaja menyinggah blog aku ni, hehe... dalam ditengah kesibukan menyiapkan assignment OUM nih, aku terperasan sesuatu yang agak janggal dalam hidup ni dan rasa terpanggil untuk berkongsi maklumat ini kepada para pembaca....

Tahukah korang yang setiap negara didunia ini mempunyai bendera dengan pelbagai corak dan pelbagai variasi warna bagi menyampaikan ciri-ciri dan visi  negara tersebut? Jika dilihat bendera Malaysia kita jerla, Terdapat 4 warna, dengan setiap warna mempunyai maksud yang tertentu seperti merah mewakili semangat, putih bermaksud bersih dan suci, kuning adalah kedaulatan raja dan biru mewakili perpaduan. Tak dikecualikan lambang bulan dan bintang yang mewakili islam sebagai agama rasmi dan bucu bintang mewakili setiap negeri termasuk wilayah persekutuan di Malaysia. 


Tahukah anda, hanya ada satu negara didunia ini yang mempunyai satu warna sahaja sebagai mencerminkan negara tersebut? jawapannya adalah LIBYA! ya Libya adalah satu-satunya negara didunia ini yang mempunyai satu warna dan tidak mempunyai simbol dan corak lain pada benderanya. Sejarah bermulanya bendera Libya adalah pada tahun 1918 sehingga 1923 adalah seperti dibawah ni: 


Pada tahun 1951 setelah negara tersebut merdeka dari jajahan Itali, bendera negara itu ditukar ke bendera berjalur merah, hitam, hijau dan mempunyai corak bulan dan bintang.


kemudian pada tahun 1969, kesan dan akibat dari Revolusi Egypt 1952, Libya telah menukarkan benderanya kepada merah, putih dan hitam pula bagi simbolik negara liberasasi Arab.
 


. Pada tahun 1971, Libya telah menyertai Persekutuan Republik Arab dengan Egypt dan Syria dan telah menambah lambang helang (digelar Helang Quraish) ditengah benderanya.


Pada akhirnya sekitar tahun 1977, Libya telah merasmikan negaranya dengan nama Great Socialist People's Libyan Arab Jamahiriya (bahasa Arab: ليبيا, yang dimaksudkan ke dalam bahasa Libya  الجماهيرية العربية الليبية الشعبية الإشتراكية) Ia juga merupakan simbolik kepada Revolusi Hijau yang dicanangkan Muammar Ghadafi iaitu sebuah negara islam (digunakan sehingga kehari ini).


Keadaan yang darurat di Libya pada masa sekarang ni membuatkan rakyat semakin membenci pemimpin mereka. Para aktivis dan penuntut kebebasan disana telah mengangkat bendera asal mereka pada tahun 1951 sebagai satu simbol suara rakyat yang dahulunya dibanggakan oleh mereka. Bendera ini telah diubah yang mana jalur merah dan hijau diperbesarkan lagi bagi memenuhi maksud penekanan kepada rakyat dan Islam.

Marilah kita sama-sama berdoa supaya rakyat Libya diberikan hak untuk mencapai sebuah kehidupan yang aman dan tanpa penindasan...Amin.